Tentang TAMRIN

Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim Malaysia

Pada 9 Februari 2008, Sabtu, jam 2.00 petang Mesyurat AJK Penaja yang pertama telah diadakan dengan rasminya bagi membincangkan pelbagai perkara yang diperlukan bagi tujuan penubuhan seperti nama Persatuan, keahlian, yuran, Undang – undang Pertubuhan, perlantikan AJK dan sebagainya.

Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia atau singkatannya TAMRIN, adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan sejak tahun 2008 lagi. Walaupun menghadapi banyak dugaan dan kesulitan dalam mengenengahkan organisasi ini sebagai payung kepada trainer dan speaker Muslim di Malaysia, kini TAMRIN semakin bersedia untuk memberikan yang terbaik bukan sahaja untuk meningkatkan taraf perunding latihan dan perunding motivasi, bahkan meningkatkan lagi budaya latihan di kalangan masyarakat Malaysia.

Jikalau anda seorang perunding latihan atau penceramah profesional, TAMRIN amat berbesar hati untuk menjemput anda bersama kami menggembleng tenaga bagi usaha yang murni ini. Jikalau anda seorang pengurus sumber manusia, atau pegawai yang mengendalikan tugas pembangunan insan dalam organisasi anda; TAMRIN sedia untuk membantu anda meningkatkan lagi taraf kualiti industri pembangunan insan di tempat anda.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Penaja TAMRIN yang telah berjaya menubuhkan TAMRIN sehingga mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan.

Penasihat Tetap Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah
Penasihat Dr. Muhd. Uthman el-Muhammady
Presiden Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad
Timbalan Presiden Dr. Danial Zainal Abidin
Naib Presiden 1 Ustaz Zamri Zainal Abidin el-Azhari
Naib Presiden 2 Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail
Setiausaha Kehormat Tn. Hj. Ahmad Fadzli Yusof
Bendahari Kehormat Encik Osman bin Affan
  • Nordahlia Ahmad
    Seronok menghadiri program anjuran TAMRIN. Banyak maklumat terkini, nasihat dan bersillaturrahmi dengan tokoh-tokoh dalam industri ini.
    Nordahlia Ahmad

TUJUAN PENUBUHAN