

Pertubuhan Perunding Latihan Motivasi Muslim Malaysia
Jikalau anda seorang perunding latihan atau penceramah profesional, TAMRIN amat berbesar hati untuk menjemput anda bersama kami menggembleng tenaga bagi usaha yang murni ini.
Jikalau anda seorang pengurus sumber manusia, atau pegawai yang mengendalikan tugas pembangunan insan dalam organisasi anda; TAMRIN sedia untuk membantu anda meningkatkan lagi taraf kualiti industri pembangunan insan di tempat anda.
PROGRAM & AKTIVITI TAMRIN
Sejarah TAMRIN
Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia atau singkatannya TAMRIN, adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan sejak tahun 2008 lagi.
kini TAMRIN semakin bersedia untuk memberikan yang terbaik bukan sahaja untuk meningkatkan taraf perunding latihan dan perunding motivasi, bahkan meningkatkan lagi budaya latihan di kalangan masyarakat Malaysia.