Logo Rasmi TAMRIN

TENTANG

Logo Rasmi TAMRIN

Logo ini melambangkan usaha menyatupadukan penceramah-penceramah di negara ini dalam gabungan yang lebih teratur, tersusun dan mantap. Logo TAMRIN juga melambangkan usaha ke arah pembangunan ummah.

Bentuk

Bentuk lambang itu sendiri kelihatan seperti seseorang yang sedang berpidato, iaitu bulatan kecil berwarna oren, dan auranya merangkumi satu lingkungan bulatan yang berwarna putih, biru dan ungu.

Bulatan

Bulatan putih di tengah-tengah melambangkan kemuafakatan dan kerjasama umpama kata peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Rupa bulat ini juga rupa yang sempurna kerana tiada permulaan dan tiada pengakhiran. Bulatan ini juga membayangkan TAMRIN ini punya kawalan, disiplin dan integriti yang meyakinkan masyarakat.

Oren

Warna oren adalah lambang kuasa. Ia juga salah satu dari warna-warna untuk pemulihan (healing). Oren merangsang semangat dan kreativiti. Oren bermakna penuh tenaga dan mempunyai ketahanan. Mereka yang sukakan warna oren biasanya seorang yang suka berfikir dan jujur.

Putih

Putih adalah lambang keluhuran, kesucian dan kebersihan. Sebenarnya warna putih adalah warna yang menggabungkan kesemua warna-warna lain. Oleh itu ia juga lambang kebenaran, kesyumulan dan kesempurnaan.

Biru

Warna biru adalah lambang kestabilan, setiakawan, ketaatan dan keyakinan. Ia adalah warna yang menunjukkan sikap-sikap yang positif.

Ungu

Warna ungu melambangkan kebolehan membuat pertimbangan yang baik. Ia melambangkan keseimbangan hidup.